Tuesday, 8 August 2017

KRAFTANGAN DI MALAYSIA


PENGENALAN BLOG




Assalammualaikum W.B.T....

     Syukur kehadrat ilahi kerana diberi peluang untuk menulis blog ini. Izinkan saya untuk memperkenalkan diri saya. Saya Nur Ain Syafinaz Binti Md Sukri. Berumur 18 tahun dan berkuliah di Kolej Vokasional Beaufort Sabah dalam program Diploma Pelancongan.Saya ditugaskan untuk mempromosikan kraftangan di Malaysia.


DEFINISI KRAFTANGAN

"Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, ia dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf".





"Keluaran Kraftangan" ialah apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.

Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan.


JENIS-JENIS KRAFTANGAN

    1. ANYAMAN
 Anyaman 
 Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

   BAHAN DAN ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGANYAM KERTAS

  • Kertas warna A4
  • Gunting
  • Pembaris
  • Pensel atau Pen


   CARA-CARA UNTUK MENGANYAM



   

      2. TEMBIKAR

Tembikar India


Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut. Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air.
Salah satu tembikar yang terkenal di Malaysia ialah labu-labu yakni alat untuk menyimpan dan menyejukan air minuman.

    BAHAN DAN ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT TEMBIKAR
  • Baldi
  • Pengayak
  • Besen
  • Papan lapis bulat
  • Roda pembentuk tembikar
  • Pelarik tapak tembikar
  • Dawai tajam
  • Rip
  • Span berkatu
  • Span
  • Dawai pemotong
  • Angkup
  • Penggelek
  • Kayu (6mm)
  • Penyembur gerlis
  • Pengukir besi
  • Penepik kayu berukir
  • Pengukir dawai
        
      CARA-CARA UNTUK MEMBUAT TEMBIKAR




     3. BATIK

Batik
Batik berasal daripada perkataan Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah batik tulisbatik skrinbatik celup, dan batik terap. Teknik batik telah diketahui selama lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti CameroonMali dan Nigeria; atau di Asia, seperti JepunBangladeshIndiaIndonesiaIranMalaysiaSri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama, merangkumi negara-negara Asia Tenggara.
Batik Indonesia, sebagai keseluruhan teknik, teknologi, serta pengembangan motif dan budaya yang terkait, oleh UNESCO telah ditetapkan sebagai Warisan Kemanusiaan untuk Budaya Lisan dan Nonbendawi (Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity) sejak 2 Oktober 2009.[Penjelasan diperlukan]
Pada masa ini, terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan di samping itu.

    BAHAN DAN ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT BATIK
  • Pewarna Batik
  • Dingklik / Bangku
  • Bandul
  • Taplak
  • Canting
  • Meja Kayu / Kemplongan
  • Kain Mori
  • Lilin
  • Wajan dan Kompor
  • Gawangan


    CARA-CARA UNTUK MEMBUAT BATIK


    4. KEY CHAIN

Key Chain

Rantai kunci, fob utama atau cincin utama adalah rantaian kecil, biasanya diperbuat daripada logam atau plastik, yang menyambungkan barang kecil ke rantai kunci. Panjang rantai kunci membolehkan item digunakan dengan lebih mudah daripada jika disambungkan terus ke keyring. Sesetengah rantai kunci membenarkan satu atau kedua-dua hujung keupayaan untuk berputar, memelihara rantai kunci daripada menjadi dipintal, sementara item sedang digunakan.

Rantai kunci juga boleh menjadi penghubung antara keyring dan tali pinggang individu. Ia biasanya digunakan oleh kakitangan yang kerjanya kerap menggunakan kekunci kunci, seperti pengawal keselamatan, pegawai penjara, janitor, atau pengurus kedai runcit. Rantaian ini sering ditarik balik, dan oleh itu mungkin tali nylon, bukan rantai logam yang sebenarnya. Rantaian ini memastikan bahawa kunci tetap dilampirkan kepada individu yang menggunakannya, membuat kerugian secara tidak sengaja kurang cenderung, dan menjimatkan pada haus dan lusuh pada poket pengguna.

    BAHAN DAN ALAT  UNTUK MEMBUAT KEY CHAIN 
  • Benang
  • Kain Felt
  • Jarum
  • Gunting
  • Ribbon
  • Gabus
    CARA-CARA UNTUK MEMBUAT KEY CHAIN 






KELEBIHAN KRAFTANGAN KEPADA MASYARAKAT
  • Dapat mengekalkan warisan Malaysia sehingga turun temurun.
  • Dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan.
  • Dapat menjana ekonomi negara.
  • Memperkenalkan kepada pelancong luar tentang keunikan kraftangan Malaysia.
  • Memberi pendedahan kepada anak-anak pada masa kini tentang khazanah Malaysia.


Penutup

  Sekian sahaja blog saya pada kali ini, saya berharap blog ini dapat membantu blogger blogger di luar sana.
 " yang baik datangnya dari Allah SWT, yang buruk datangnya daripada saya sendiri".

Assalammualaikum W.B.T


















KRAFTANGAN DI MALAYSIA